Setiap perancangan yang dibuat mestilah ada sebab dan tujuannya. Tidak terkecuali juga dengan laporan Projek Percetakan ini yang telah dibukukan bertujuan untuk memberi manfaat dan pengetahuan kepada pembaca ataupun pihak yang berkenaan mengetahui lebih lanjut lagi maklumat tentang penubuhan syarikat, apa yang dilakukan sepanjang penubuhan, aktiviti-aktiviti syarikat dan juga perkhidmatan yang telah dan akan kami sediakan.
Kebelakangan ini kita sering mendengar peluang perniagaan berasaskan percetakan. Kalau dulu, kita kerap mendengar mengenai percetakan ini hanya diusahakan oleh kaum cina sahaja. Tetapi kini Hin Brother Printing 100% milik bumiputera telah berjaya membuka premis percetakan sekaligus menjadi pesaing kepada kaum lain.
Mengenai percetakan, ramai yang bertanya apakah potensi dan masa depan terhadap industri ini. Sebenarnya percetakan mempunyai potensi yang tinggi sekiranya dijalankan secara komersil dan sistematik. Terdapat banyak permintaan terhadap perkhidmatan ini untuk tujuan ‘Photostat’, ‘Scanning’, ‘Plotting’, Graphic Design/Layout’, ‘Name Card’, ‘Logo’, ‘Bunting’, ‘Banner’, ‘Office Package’, ‘Laminating’, ‘Invitation Card’ dan ‘T-shirt’.
Terdapat banyak info-info yang berkaitan dengan percetakan disiarkan oleh media buat masa ini. Ramai pakar mengakui potensi yang terdapat dalam industri ini. Sehinggakan terdapat badan-badan yang sanggup menyokong dari segi latihan serta pembiayaan untuk menggalakkan industri ini.
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment