Tuesday, March 24, 2009

PENGENALAN

Hin Brother Printing telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2008 dan telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan Nombor Pendaftaran Syarikat JM0526872-A. Syarikat ini telah ditubuhkan atas kehendak dan minat pengarah urusan sendiri dalam bidang percetakan dan diatas dorongan kuat pengurus syarikat.

Dengan tujuan untuk menjadi pemberi khidmat percetakan yang cepat (fast print) yang berkualiti serta dapat dimanfaatkan bersama warganegara Malaysia khususnya bumiputra. Ianya juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan melayu yang ingin melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang ini.

Perniagaan ini juga boleh menjana sekaligus meningkatkan ekonomi negara yang agak merundum kebelakangan ini. Diharap perniagaan ini dapatlah membantu sedikit sebanyak ekonomi negara. Dengan adanya perniagaan ini maka dapatlah memberi peluang pekerjaan kepada siswazah-siswazah yang menganggur bagi memenuhinya.

Penubuhan syarikat usahasama ini adalah bertujuan untuk menyahut laungan kerajaan Malaysia agar negara ini menumpukan ekonomi dalam bidang percetakan yang kurang diceburi bumiputera. Diharap segala yang dirancang dan diatur dengan sempurna ini dapat direalisasikan dengan jayanya.


“HIN BROTHER PRINTING ONE SHOP SOLUTION

No comments:

Post a Comment